Hari jumaat yang dirahmati......

Hujan turun mencurah-curah pagi ini...alhamdulillah..hujan rahmat di pagi jumaat ini, arghhh ikutkan hati malas rasanya nak pergi kerja tambah lagi bila melihat en hubby nak sambung tidor lepas solat subuh kerana bercuti hari ini....eeeee jeles nya..

Bila hujan ini masalah sikit bila memandu, terpaksa berhati hati alhamdulillah selamat hantar girl ke sekolah.. sampai di kawasan tol yang kebiasaanya jem..terperanjat sekejap...rasanya takde kereta semasa menukar lorong tadi..tapi tetiba ada kereta pulak....Laaaa patut pun...kereta tu tak pasang lampu...mungkin terlupa kot!!! nasib baik tak jadi apa-apa...so rasanya kereta tu rasanya sampai sudah laa tak pasang lampu..kesian kat dia kan.

Akhirnya matahari mula menunjuk kan cahayanya pada pukul 1tengahari...ingatkan sampai ke petang hujan nya....walau apa pun....semoga hari jumaat ini dipermudahkan segala...amin


wassalam

Comments

Popular Posts