08.03.2012 - Hari Wanita

  Hari ini hari wanita sedunia...Women International Day....so selamat hari wanita untuk semua wanita wanita di malaysia...berbangga laa kerana kita di jadikan sebagai seorang wanita juga ibu kerana
Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

Kalau selama ini kita tertanya tanya apa istimewa nya menjadi wanita ini...so sekarang tidak usah lagi ada rasa was was lagi kita adalah makhluk yang di jadikan Allah yang mempunyai keistimewaan tersendiri...menjadi ibu dan isteri.adalah satu keistimewan yang tiada bandingan nyer di dunia ini.....

Kerana itu kita harus berbangga menjadikan Siti Asiah, Siti Mariam, Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Atikah, Ummu Sulaim dan ramai lagi sebagai contoh teladan dalam kehidupan bersyariat. Mereka takutkan Allah disebabkan iman yang melekat kuat di jiwa mereka sedangkan mereka dikurniakan kecantikan lahiriah yang dikagumi oleh semua kaum lelaki di zaman mereka. Mereka memelihara kehormatan diri dari segala kemaksiatan mata dan kemungkaran hati. Mereka sentiasa tegas dalam mendalami ajaran Islam yang disyariatkan tanpa merasa susah untuk melaksanakannya. Malah redha dan ikhlas penuh kerelaan tanpa berbelah bagi. Kepintaran akal membuat jiwa mereka cantik lahir dan batin. Itulah cantik sejati. Indah sangat mengkagumi mereka seumur hidup Indah.
Tidak dinafikan apa yang cantik akan menjadi rebutan dan siulan. Apa yang indah akan selalu ditatapi dengan renungan yang dalam. Sesuatu yang cantik dan indah jika dikendali dengan ilmu dan kebijakan tentu sekali akan sangat bernilai tinggi. Ia disimpan di tempat yang kukuh sehingga tidak ada sesiapa yang dapat menyentuh dengan sesuka hati. Ia akan digilap penuh perasaan, dipelihara penuh tanggungjawab dan dikaca dengan penghargaan yang tidak terperi. Demikianlah jika yang cantik itu diberi penghargaan yang seindahnya. Oleh itu hargailah kecantikan diri dalam kesempurnaan kejadian Allah yang sangat unik dari kejadian lelaki yang memuja dan mengkaguminya.
Wassalam..

Comments

Popular Posts