B.TINGGI PADANG - 25-28/12/2014 (DAY 1)

Gigih Berusaha mengumpulkan ahli2 yang lain
Perjalanan menimba pengalaman....first trip bersama geng bas sekolah...oppsss geng office. Bila tiba harinya seawal jam 4.50pagi kami sudah berkumpul di KLIA 2 kerana penerbang kami pada pukul 7.50 pagi bersama Airasia AK403.Alhamduliah kami bertiga berada di dalam kesihatan yang baik..cuma batuk.Gambar kat atas tu tengah excited tunggu ahli-ahli kumpulan yang lain lagi bestnya kami group pertama yang tiba.Trip ini kami bersama 16 ahli yang lain.sempatlah berkenalan, Family en Tarmizi bersama keluarganya(Syafikah,Amira,Fatin,Mamat dan isterinya Dr lupa nama dia  (6 orang), Puan Zaharah bersama (Shasha)anak perempuanya (2 Orang),Puan (Dr) Rozaini bersama family (4 orang), Prof (uncle) Azrai dan Isteri  Aunty Latifah (2 orang), Pakcik Halim dan Tour Guide kami Kak Min.
Wajah wajah Ceria kitaorang



Alhamdulilah flight kami on time...so here we are..Lihat wajah wajah ceria menghiasi kamera...hahahah....tempoh penerbangan dari KL ke Padang selama lebih kurang 45minit sahaja sekejap saja la duduk dalam kapalterbang nya perbezaan masa antara KL dan Bukit Tinggi 1 jam
Kami Tiba di sana dalan pukul 8.50 pagi waktu padang..
Ketibaan kami di sambut oleh tour guide di sana yang mengenalkan dirinya sebagai Pak Ucop..orang yang peramah dan kelakar...kita orang selalu bagi 4 bintang kat dia kalau dia buat lawak.

Disini kami di bawa melawat dengan bas memandangkan bilangan ahli nya seramai 20 org termasuk pak ucop dan pembantunya (Bell).




Sempat Posing tu.....

Kami di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak memandangkan masih awal pagi dan ada yang masih belum breakfast So ini hentian pertama kami di sini.Kalau kita selalunya pangggil restoran di sini dipanggil rumah makan, walaupun masih awal pagi tapi banyak juadah-juadah makanan  yang disediakan




Roti Canai Dan Teh o
Mula nya kita mintak Mertabak Mesir tapi dah habis katanya laaa....so kami makan Roti canai dan Teh o....kat sini takda teh tarik ok  susah nak tarik katanya hahahahaha....

Tapi roti canainya pun lain dari tempat kita nipis jer kuah nya pun tak sama...apa2 ok pengalaman baru kan....




 
Air Terjun Lembah Anai
Ni Air Terjun di lembah Anai..sepatutnya kami berhenti tapi pak ucop kata hari hujan dan jalan nya licin so di nasihatkan supaya tak payah berhenti cuma lalu dan ambil gambar...cantik tempat ni air terjun nya tinggi dan airnya sejuk.....

Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau  - Padang Panjang
 Hentian pertama kami dalam lawatan ini adalah di sini...Rumah Gadang (Rumah Besar) rumahnya memang besar banyak infomasi mengenai adat istiadat Minangkabau disimpan di sini.., Keunikan Rumah Gadang ini, ianya tidak berpaku semua nya hanya berpasak dan tiangnya hanya diletakan diatas batu...Kat sini kalau nak pakai baju minang untuk bergambar pun ada disediakan..tapi kita orang tak pakai sebab ramai orang dan memakan masa so kita orang bergambar je la dia atas pelamin nya pakai jean tau...hahahahah....

Ini tempat penyimpanan padi setelah di tuai..kalau banyak rumah2 ni makna nya banyaklah padinya..lebih kurang

Ruang Dalam Rumah Gadang




Di ruang rumah ni dipenuhi dengan bahan2 informasi yang berguna..bahan sejarah lama yang masih disimpan untuk panduan dan rujukan...
Pelamin perkahwinan minangkabau
Bahagian bawahnya pula ada disediakan pelamin..ala2 perkahwinan minangkabau...warna2nya ceria sungguh...

Rumah Makan Pak Datuk

Hentian seterusnya....tempat makan..ni part yang paling best sekali ...makan time!!!!!! Hari hujan so perut pun berkeroncong mintak di isi...apa lagi bila tengok makanan-makanan yang dihidangkan

Tengok makanan dia penuh meja

Tunggu masa jer nak ngap...hehehehe
 Makanan di sini banyak lauk...sayur nya kurang..tengok dalam gambar tu la ada ikan gulai,ikan bakar, ayam rendang,ayam goreng tapi sayurnya ada terung masak berlado dengan ulam jer....walhal Bukit Tinggi ni paling banyak tanam sayur macam Cameron Highland laaa....Tapi tak kisah la dah masuk negeri orang kena ikut la...makanan nya semua sedap....sampai licin la kami makan...hahhhah

Sepanjang perjalanan pemandangan nya memang cantik
Selesai makan perjalanan diteruskan, sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi ni pemandangannya sangat cantik dan saujana mata memandang....Masih kekal dengan kehijauan nya dan penerokaan tanah sama sekali tidak dibenarkan .
Dibawah sekali sawah padi atasnya batas2 untuk tanam sayur...

Tempat Melontar kami yang pertama hahahah...
Selesai makan perut dah kenyang so time to shopping especially untuk orang perempuan..hentian seterusanya di perkampungan Pandai Sikek...Disini banyak dijual kain sulam batik dan pelikat yang cantik cantik..sediakan duit sahaja...kepada pencinta kain sulam di Bukit Tinggi ni banyak pilihan dan kain sulam nya cantik2....harga yang ditawarkan berpatutan cuma...saya la especially nya pening sikit dengan kadar matawang nye yang main ribu...dah lama2 oklah...
Bika Talago (Kedai ini Jual lempeng)
Selesai melontar kami dibawa ke kedai ini untuk makan "Kuih Neraka" katanya...mengapa dipanggil kuih neraka kerana cara pembakaran nya api diatas dan dibawah...macam bakar kuih bahulu tradisional....
Tengok la api nya..hihihi
Kuih ini ada perasa pisang dan kelapa...dua duanya sedap

Ini kalau di malaysia dalalm kategori lempeng la perasa kelapa 


Dan yang ini pula perasa pisang, warna nya kekuningan sedikit...Uniknya lempeng ini dibakar dengan kayu api yang terhasul dari pokok kayu manis soo...baunya wangi dan of course la rasa dia sedap....harganya dalam Rupiah 3000.00

Banana Flavour.....
Pemandangan yang menarik disekitar kedai tersebut.
 Selesai menikmati Bika Talago kami meneruskan perjalanan ke hotel penginapan kami.Dihotel ini kami akan menginap selama 2 malam.Hotel2 disini tiada kemudahan aircond sebab cuaca disini sejuk lebih lebih lagi waktu sekarang ni...sejuk sangat..

Akhirnya lebih kurang dalam pukul 5 petang kami tiba di Grand Kartini Hotel.....tada.!!!!!

Grand Kartini Hotel....
Setelah selesai membersihkan diri kami dibawa keluar dari hotel dalam pukul 7 malam untuk makan malam dan melihat sekitar kawasan Bukit Tinggi ini.


Makan Malam Di Pondok Baselo...
Restoran Baselo...maksudnya bersila la kot lupa nak tanya apa maksudnya..hehehehe...tapi kami tak makan sambil bersila pun....

Menu masakan Sunda katanya...
Seperti ni biasa makanan di sini banyak lauk2 dari sayur..ada sotong udang dan ikan goreng sayurnya hanya salad.
Selesai makan mata pun mulalah mengantuk  maklumlah sudah seharian berjalan ada dari pukul 3 pagi dah berada diKLIA2 . Perut pun dah kenyang cuaca pun sejuk pula..so masing-masing dah terbayang tilam yang empuk...hahahah.

Banyak gerai makanan disekitar hotel ni..kita takperlu was-was dengan makanan  disini kerana semuanya halal...

Alhamdulilah ....perjalanan hari pertama kami dipermudahkan oleh Nya...

Comments

Popular Posts