Hati Seorang Ibu..

Isnin (05/11/2012)

Hati berdebar-debar dan ada rasa tak keruan di hati..itulah perasaan seorang ibu..walaupun bukan aku yang ambil periksa perasaan nervous tu bersarang kat hati...masa aku ambik peperiksaan dulu debaran nya tak seperti sekarang ni...

Aku hanya mampu menitipkan doa agar dia tenang menghadapi peperiksaan ni..pagi tadi selepas subuh dia dah call bila tanya katanya dia takut sikit..takpe laaa dah aku pujuk2 nampaknya dah ok...

pukul 7.22 pagi aku pulak yg call dia..hihihih...yelah risau..katanya dia dah ada dalam dewan periksa...alhamdulillah, bila dengar suaranya ceria..rasa lega sikit...

Buat Faiz, doa mummi sentiasa mengiringi dalam apa keadaan sekali pun..


Wassalam

Comments

Popular Posts