Office baru...

Ni tempat aku berkerja sekarang. nak kata baru pun bukan jugak cuma aku baru pindah dari bukit jelutong ke Peremba semula.Mungkin baru juga la sebab dulu aku di tingkat 4 sekarang ni dah di tingkat 6.
Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku duduk di opis ni, kalau di pandang dari kawasan persekitaran nya opis memang cantik dan itu memang aku tak nafikan.Tapi ada pepatah menyatakan kecantikan luaran tidak mencerminkan dalam..memang aku bersetuju benar dengan pendapat itu sebab kalau harapan kan cantik saja tapi dalam nya entah hapa2 ..takde makna nye. Itu la yang berlaku kat opis aku ni cantik ni.

Dari hari pertama aku masuk sampai laa sekarang ni aku masih tertanya2 apakah status aku disini..pendatang haram,pendatang dengan izin orrr....???????.Tiga minggu selepas aku masuk ke opis yg canggih ini..aku di panggil oleh VC yang katanya nak berbincang laa tentang status aku ni...so aku ni macam gembira laaa kan at least dapat jugak jawapan akhirnya..iyalah org lain tau kena vss ker kena transfer ke...aku pun nak gak tau..Tapi perasaan gembira tu datang sekejap aje..lepas jumpa VC..perasan gembira aku tu terus je menerjunkan diri dari tkt 6 ni...sbb status aku ni masih terawang2 belum dapat di putuskan entah kenapa tak tau laaa...ada ker patut dia menawarkan aku 3 pilihan tapi aku tak boleh pilih nanti dia akan pilihkan...Tawaran apa benda tu...ni laa satu2 tawaran gila yg penah aku dengor...budak darjah 1 pun kalau dengor pun ketawa guling2 buat tawaran tapi tak boleh pilih...Atas nasihat kekawan aku masih boleh bersabar lagi..iyela aku masih bekerja ada orang lain tu tak bekerja lagi teruk kan..

So bila datang tarikh yang semua org suka..hihihih bila lagi 28/29 laaa...aku dah dibagitau awal2 oleh melinda bahawasanya kita akan dapat chq so aku pun dah prepare laa apa2 yang patut,
untuk bulan yang pertama, hati aku ni tidak laa sakit sangat..walaupun ada calar calar sikit tapi dapat recover semula la...walaupun tak sepenuhnya.

Masuk bulan April, Mr.B lak sampaikan pesanan "awak nanti kena transfer ke SINUN" bila aku tanya bila..tak jawab la pulak..pelik jangan laa suka wat pesanan penaja. confirmkan dulu baru laa buat iklan dari situ senang laa sikit kita nak buat bayaran.Bila dapat pesanan macam tu aku ni pun tertunggu laa bila si VC kita ni nak panggil aku...iya laa untuk mendapatkan satu kepastian....Tapi akhirnya penantian itu tak ada pengakhiran nya..aku ni macam menanti buah yang tak gugur je macam pungguk rindukan bulan...yang confirm punya bulan tak akan datang..so hati aku ni tercalar lagi....so aku pun dah berhenti mengharap cuma harapkan gaji je laaa nak harapan jawapan memang takde laaa..bila masuk tarikh 28hb aku tengok cam nothing happen je dengan dia orang ni...hello taknak bayar gaji aku kerr..so aku tebalkan muka dengan nada berkias2 tanya dengan Mr.B ni bila aku boleh dapat gaji, dia dengan muka terperanjatnya or buat2 terperanjat ker aku tak taulah.. cakap kat aku "awak call Rahanah tanya bila" nak aje aku jawap wat the hell lak aku call rahanah takde hubungkait langsung, tapi dalam masa yang sama aku call gak la so aku pun dapat la tau cite yang sebenarnya.

Lepas ding dong ding dong..akhirnya gaji aku masuk laa dlm account 5hb..masa ni sakit hati ni Allah aje laa yang tau..baik Mr.B ke VC ke semuanya buat tak tau jeee...alih2 minah sewel tu yang tanya "gaji u dah masuk" itu pun aku tak tau pasal apa dia tanya...Aku rasalah kalau dia orang ditempat aku ni mau runtuh bangunan ni di salaknya kalau gaji lambat masuk..tapi disebabkan aku sorang so dia orang buat tak reti jeee.Sebenarnya aku ni boleh la bertolak ansur kalau sekiranya diberitahu awal2 dan hati aku tidak laa sakit sangat rasa nya.Tapi bila melihat sikap mementingkan diri sendiri tu terserlah dalam diri dia orang tu semua,hati aku yang tercalar ini bertambah terluka..pedih rasanya..Mengapalah dia orang ini bersikap macam ni yang paling menyakitkan lagi..aku ni sebangsa dengan dia orang apasal la buat macam tu.Terkilan yang amat sangat bila aku di buat macam ni..tapi tak pe lah aku terima semuanya sebagai cabaran dalam menempuh hidup.Mungkin ada kebaikan dalam semua kejadian dan perbuatan yang aku terima ni,kalau pun bukan sekarang aku terima kebaikan tu...aku redha atas segala segalanya.

Buat masa sekarang apa yang dapat aku lakukan menanti dan terus menanti..kerana aku tau masih ada cahaya di hujung jalan.




Dari balcony ni laa perasaan gembira aku tu menerjunkan diri nya..tanpa berlengah2 lagi
tak sanggup dok lama2 hihihihihi...
Tapi kawan2 jangan bimbang. aku tak kan menerjunkan diri aku kat sini cuma perasaan jerr yg terjun, Kalau hati gundah gulana kat sini laa aku layan perasaan...merenung pokok kelapa sawit hahahahahah













Comments

  1. cam sedey lak bacee nih huhuhuhuhu..kalau saye ditmpat kak g lama dah gaknye tejunkan diri..tapi gune lif laa..heeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts